Pusat Madu Inderapura tersohor di Kuantan

Picture of Beetoq

Beetoq

Pahang sememangnya merupakan salah satu negeri yang kaya dengan khazanah hutan dan eko pelancongan. Negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia ini memiliki segala macam tarikan pelancongan dari tanah tinggi hinggalah ke pantai yang indah. Ibu negeri Pahang, Kuantan, tidak kurang juga hebatnya. Banyak tempat tempat menarik yang boleh anda lawati. Sekiranya anda bercuti di Kuantan dan tertanya-tanya di manakah tempat untuk mendapatkan madu kelulut yang terbaik untuk dijadikan cenderamata kepada yang tersayang? Kami cadangkan anda pergi ke Pusat Pemprosesan Madu Inderapura tersohor di Kuantan Pahang. Apa yang menarik di sini?

Lokasi Pusat Madu Inderapura Tersohor di Kuantan

Pusat Pemprosesan Madu Inderapura yang tersohor di Kuantan terletak di Bengkel C, Pusat Aperantis IAT, Komplek Pertanian Inderapura Kuantan, KM 13 Jalan Kuantan-Pekan.  Kedudukan pusat ini di tepi jalan utama Kuantan-pekan dan berhadapan dengan Taman Indera Sempurna Kuantan memudahkan anda datang ke sini dengan menaiki kereta persendirian. Hanya 13km sahaja dari bandar Kuantan. kalau nak datang dengan pengangkutan awam pun mudah. naik aje bas awam ke Pekan yang melalui Taman Indera Sempurna, anda akan sampai ke sini.

Pusat ini merupakan pusat pemprosesan madu di bawah kelolaan Jabatan Pertanian Negeri Pahang yang telah mendapat pensijilan HALAL JAKIM. Pusat ini juga telah memperolehi pentauliahan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) yang dikawalselia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pentauliahan dua sijil ini memberikan produk keluaran kami setanding dengan produk kontemporari sekarang.

Bangunan kilang yang berkeluasan 1200 kaki persegi ini dioperasikan oleh syarikat Honey Plus Resources yang mula beroperasi secara rasmi pada tahun Januari 2018. Kilang ini mempunyai kelengkapan memproses madu dengan kapasiti 1000kg sebulan menggunakan 2 mesin pengeringan madu yang dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang. Buat masa kini hanya 2 jenis madu yang diproses di kilang ini iaitu Madu Kelulut dan Madu Lebah Tualang. Sumber madu diperolehi daripada Ladang Ternak Kelulut Beetoq di Campstay Sg Lembing dan juga daripada para penternak kelulut yang berdaftar dengan Persatuan Usahawan Kelulut Pahang, PUKP yang juga merupakan ahli Gabungan Persatuan Usahawan Kelulut Malaysia, GPUKM. Manakala sumber madu tualang diterima daripada para pencari madu tualang di sekitar Pahang dan Terengganu.

Kerjasama dengan Universiti Tempatan

Selain daripada pemprosesan madu, kilang juga telah berkerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang untuk memproses roti lebah atau Pollen Kelulut. Pollen Kelulut merupakan sari bunga yang dikumpulkan oleh kelulut dan disimpan dalam kantung pollen serta mengalamai proses frementasi yang lengkap. Mesin pemprosesan beebread kelulut yang dibekalkan oleh UMP berkemampuan mengeringkan 500gram beebread dalam tempoh sejam. Kami sentiasa berkerjasama untuk meningkatkan kadar pengeluaran beebread pada masa hadapan.

Pusat ini juga berkerjasama dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM dalam membangunkan teknologi pengekstrakan propolis kelulut. Propolis yang dikumpulkan daripada proses penghasilan beebread kelulut akan diproses menjadi produk kesihatan yang bernilai tinggi. Propolis mentah yang mengandungi banyak kekotoran akan dibersihkan menjadi propolis tulen dengan menggunakan SOP yang dibangunkan oleh penyelidik UIAM. Propolis ini boleh dijadikan sebagai bahan utama dalam penghasilan produk kosmetik yang bernilai tinggi.

Produk yang ditawarkan

Pelanggan boleh datang ke sini untuk mendapatkan produk kelulut dan melihat bagaimana madu diproses sehingga siap dibotolkan. Selain daripada mendapatkan produk madu beetoq yang berkualiti tinggi, pelanggan juga dapat berkongsi ilmu penternakan kelulut dan pemprosesan madu kelulut. Untuk membuat temujanji, boleh hubungi 011-63423433 atau email ke honeyplusresources@gmail.com. Selain dari itu, pelanggan juga boleh mendapatkan produk kami secara atas talian di laman sesawang https://beetoq.com/kedai-beetoq atau facebook page kami di htpps://www.facebook.com/beetoqHQ. Pusat pemprosesan Madu Inderapura tersohor di Kuantan Pahang sentiasa menanti anda untuk datang berkunjung serta mendapatkan produk kami yang berkualiti. Jangan lepas peluang ini.

Scroll to Top

Madu & Beebread Kelulut

Beetoq

Honey Plus Resorces (CA0210186-D)