Lebah Kelulut Makan Apa Yer?
Lebah kelulut akan menghasilkan madu yang sangat istimewa jika kita membekalkan mereka makanan daripada sumber tumbuh-tumbuhan dan bunga yang bersesuaian dengan keperluan mereka. Walaupun lebah kelulut mengutip semua madu daripada bunga-bungaan sebagai makanan yang ada di sekitar koloni mereka, kita hendaklah sentiasa memastikan bekalan tersebut tidak terputus akibat musim berbunga tanam-tanaman.
Jelas sekali jika tiada panduan dariapada aspek ini kemungkinan untuk anda galagal dalam ternakan serta penghasilan madu yang berkualiti amat tinggi sekali.
Makanan Untuk Ternakan Lebah Kelulut Yang Paling Terkenal
Berikut adalah beberapa pokok yang menjadi makanan terbaik untuk ternakan lebah kelulut dan dikenalpasti memberikan hasil madu lebah yang sangat baik. Antara ciri-ciri pokok-pokok ini menjadi sumber diet lebah kelulut yang bagus ialah kerana saiz, bentuk bunga berkelompok dan juga kebolehan untuk berbunga sepanjang tahun. Ini memberi bekalan sumber diet kepada koloni lebah kelulut anda sepanjang tahun. Berikut adalah pokok-pokok tersebut:
- Pokok Akasia
- Pokok Belimbing Madu
- Pokok Gelam
Honey Plus Reources tidak hanya membekalkan koloni Lebah Kelulut. Kami juga memberikan khidmat nasihat sebelum projek dijalankan dengan membuat kajian kesesuaian terlebih dahulu termasuklah makanan koloni ternakan anda.
Kajian sumber ini amat penting sebelum mana-mana projek ternakan lebah kelulut dilaksanakan. Jika anda buntu berkenaan kajian sumber ini, kami boleh bantu anda. Kami sentiasa sedia untuk berbincang.
Apa Yang Boleh Kami tawarkan Kepada Anda?
Sekiranya tapak cadangan mengandungi tanaman bermusim, bakal penternak diminta menanam pokok-pokok yang disukai lebah kelulut yang berbunga secara tidak bermusim. Untuk itu, syarikat menawarkan membekalkan pokok-pokok berikut:-
- – Bunga Air Mata Pengantin (Honolulu Crepe)
- – Pokok Bunga Biden Pilosa
- – Pokok Ulam Raja
- – Pokok Selasih (Basil)
- – Pokok Bunga Pukul 8 atau Bunga Lidah Kuching (Tunera Sabulata)
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan tumbuhan-tumbuhan dan bunga-bungaan yang menjadi sumber diet lebah kelulut, harap boleh menghubungi kami untuk sebarang perbincangan dan panduan. Kami sentiasa terbuka untuk mendengar keperluan anda apabial berkaitan dengan ternaakn lebah kelulut.
