5 Khasiat Madu Kelulut Ramai Orang Tak Tahu (Ekstra No 6)

Picture of Beetoq

Beetoq

Madu kelulut semakin mendapat tempat dalam pasaran Malaysia. Khasiatnya amatlah banyak sampaikan tidak mampu untuk dimuatkan dalam penulisan ini. Tetapi saya ringkaskan kepada lima untuk mudah anda faham.

Madu kelulut adalah dihasilkan oleh lebah yang tidak menyengat. Hanya dua jenis madu kelulut yang dikomersialkan berbanding 80 spesis yang wujud di Malaysia iaitu dari spesis Heterotrigona itama dan spesis Geniotrigona thoracica.

Pengeluarannya yang terhad beserta kekayaan khasiatnya yang menakjubkan membuatkan harga madu kelulut melonjak tinggi di pasaran. Anda boleh membaca maklumat lengkap tentang madu kelulut di sini.

Sebenarnya, madu kelulut telah diguna pakai sedari dulu lagi. Masa kini, madu kelulut juga digunakan dalam industri perubatan oleh kerana khasiatnya yang telah terbukti dari pelbagai kajian dan penyelidikan yang dijalankan.

Jadi apa agaknya khasiat madu kelulut yang belum anda tahu? Teruskan membaca artikel ini.

Khasiat 1: Mempercepat proses penyembuhan luka

Madu kelulut telah digunakan sebagai ubat penyembuh luka sejak zaman dahulu lagi. Sifat yang terdapat dalam madu seperti anti-mikrobial, anti-oksidan, dan anti-keradangan adalah antara ciri yang membuatkan madu dijadikan sebagai ejen penyembuh semula jadi yang baik.

Hal ini terbukti dengan kajian yang dilakukan ke atas 25 orang pesakit  dimana penyapuan madu telah mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ia juga didapati mempunyai sifat antiseptik yang berkesan melawan jangkitan kuman.

Penyembuhan luka oleh madu kelulut juga tidak meninggalkan sebarang parut terutama untuk luka akibat terbakar. Terdapat kajian yang menyatakan bahawa madu dapat menyembuhkan luka terbakar sekitar 4 hingga 5 hari lebih cepat daripada balutan konvensional.

Khasiat 2: Baik untuk kulit

Khasiat madu kelulut yang ini pasti akan membuat ramai wanita di luar sana melonjak kegembiraan. Hal ini kerana madu kelulut mempuyai kesan melembutkan kulit wajah.  Madu kelulut mempunyai kelembapan yang tinggi kerana mengandungi hydroxyl , protein dan asid laktik.

Tak cukup dengan itu, madu kelulut juga mempunyai bahan kimia yang sering digunakan dalam produk kosmetik iaitu gliserin, sorbitol dan glikol propilene. Jadi, anda boleh oleskan madu kelulut di kawasan kulit wajah yang kering ataupun bibir yang kering. Tambahan pula, madu kelulut juga kaya dengan anti-oksida yang akan mengekalkan keremajaan kulit wajah di samping mengelakkan kanser.

Kepada anda yang mengalami masalah kulit berjerawat, usah risau kerana anda juga boleh mendapatkan kebaikan daripada madu kelulut ini. Hal ini kerana sifat anti-keradangan madu kelulut akan mengurangkan kemerahan yang berpunca dari jerawat. Caranya, oleskan madu pada jerawat dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan dengan air bersih.  Anda pasti akan merasakan kesegaran yang luar biasa selepas menggunakan madu kelulut ini.

Khasiat 3: Membantu kesuburan

Ya betul, madu kelulut mampu membantu kesuburan lelaki dan juga perempuan. Selain meningkatkan libido, madu kelulut juga terbukti meningkatkan hormon kesuburan seperti Hormon Peransang Folikel (Follicle Stimulating Hormone, FSH), Hormon Peluteinan (Luteinizing Hormone, LH) dan hormon Testosterone. Oleh itu, pasangan yang merancang untuk mendapatkan zuriat atau sukar untuk mendapatkan zuriat bolehlah mencuba ikhtiar memakan madu kelulut.

Namun, penggunaan madu ini sahaja bukanlah satu-satunya penyelesaian unggul. Ia hanyalah suplemen kesihatan yang haruslah disertakan juga dengan alternatif lain yang boleh memberi kesan kepada kesuburan seperti mengurangkan berat badan, mengelakkan pengambilan alkohol atau rokok, dan cara hidup yang tenang dan seimbang.

Khasiat 4: Bagus untuk Pesakit Diabetes

Bagi pesakit kencing manis atau diabetes, kita sudah terbiasa dengan nasihat untuk mengurangkan manis dalam makanan atau minuman. Tetapi madu juga manis? Kenapa madu kelulut ini baik untuk pesakit diabetes pula?

Sebenarnya, madu kelulut mempunyai Indeks Glisemik (IG) yang rendah.

Apa itu Indeks Glisemik? Menurut Menteri Kesihatan Malaysia, Indeks glisemik (IG) mengukur berapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat (seperti nasi) meningkatkan paras gula dalam darah seseorang selepas makanan tersebut dimakan. Madu kelulut yang mempunyai gula jenis trehalulose akan menyebabkan gula meresap secara perlahan ke dalam darah. Ini akan memberi masa untuk insulin bertindak secara efisien dalam mengurangkan gula di dalam darah. Justeru, para pesakit diabetes yang kebanyakannya mempunyai tahap insulin yang rendah atau terganggu fungsinya pasti akan mendapat manfaat daripada madu kelulut.

Selain itu trehalulose di dalam madu kelulut juga didapati tidak menyebabkan karies kepada gigi anda. Gula jenis trehalulose ini boleh dikatakan rare dan tidak dapat dijumpai dalam kebanyakan makanan.

Khasiat 5: Baik Untuk Mata

Semakin meningkatnya usia, ramai yang mempunyai masalah mata seperti rabun dekat, rabun malam, katarak dan juga glaukoma. Selain mendapatkan rawatan perubatan di hospital, pengambilan suplemen madu kelulut juga boleh dipertimbangkan. Hal ini kerana madu kelulut memainkan peranan penting dalam penyembuhan masalah mata seperti katarak. Madu kelulut terutamanya dari jenis Melipona favosa menghalang pembentukan katarak yang berpunca dari sodium selenite. Madu kelulut telah digunakan dalam pelbagai kajian dan telah ditambahkan ke dalam ubat titis mata kerana khasiatnya untuk mata. Ada juga kajian yang menyatakan ianya baik untuk menyembuhkan glaukoma terutama madu kelulut dari spesis Tetragonisca.

Khasiat 6: Kaya bakteria Probiotic

Kita sering melihat iklan vitagen dan yakult tentang kepentingan meminum susu kultur. Dalam susu kultur ini terdapat bakteria probiotik. Bakteria baik ini membantu penghadaman usus kita. Tetapi bakteria yang diambil adalah bakteria yang diimport. Kita di Malaysia sendiri ada bakteria probiotik yang lebih bagus berbanding bakteria import.

Kajian yang dijalankan oleh pengkaji USM, UKM dan UMK yang telah diterbitkan dalam Undergraduate Research Journal for Biomolecular Science & Biotechnology, ISSN 2600-7983 bertajuk Pemencilan dan Pengenalpastian Bakteria dari madu kelulut telah berjaya membuktikan bahawa madu kelulut mempunyai mirob bacillus sp yang banyak. Kajian ini telah mengenalpasti 19 bakteria dan Berjaya mengekstrak DNA daripada 14 bakteria tersebut. K

Kesimpulannya kajian ini mendapati ke semua bakteria yang dikenalpasti datangnya daripada tergolong dalam kumpulan Firmicutes dan famili Bacilliceae. Manakala kajian terkini yang dijalankan oleh pengkaji di Institut Genome Malaysia telah Berjaya menencilkan dan mengenalpasti sehingga 56 lactobacilius sp yang terdapat dalam madu kelulut.

Madu merupakan produk semulajadi yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar tumbuh-tumbuhan. Penghasilan madu memerlukan lebah berulang-alik dari sumber nektar dan sarang yang terbuka. Tabiat lebah dan keadaan sarang yang terbuka ini seterusnya mendedahkan madu kepada kebarangkalian pencemaran oleh mikroorganisma yang hadir dalam persekitaran seperti debu, angin dan sebagainya.

Justeru, madu juga boleh menjadi takungan mikroorganisma semulajadi. Namun, komposisi madu yang mempunyai kepekatan gula yang tinggi dan bersifat asid (pH3-5) mampu menyekat pertumbuhan bakteria dalam madu.

Kajian yang dibuat oleh para pengkaji universit tempatan telah membuktikan bahawa madu kelulut mengandungi bakteria baik Lactobacilius sp yang banyak berbanding minuman berkultur yang ada banyak di pasaran.

Amnya, minuman berkultur mempunyai hanya 2 atau 3 jenis bakteria sahaja. Hal ini berbeza dengna madu kelulut yang mempunyai lebih 50 jenis bakteria baik di dalamnya. Syarikat minuman ini juga mencampur gula untuk menjadikannya manis agar lebih ramai minum. Manakala madu kelulut adalah semula jadi manis dan masam. Campuran dua rasa ini menjadi madu kelulut unik.

Oleh itu, dengan meminum madu kelulut, anda secara tak langsung mendapat khasiat:

  • Mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa
  • Meningkatkan fungsi penghadaman
  • Meningkatkan penyerapan galian
  • Menghasilkan vitamin yang diperlukan badan
  • Melegakan Cirit Birit
  • Menguatkan Sistem Badan

Kesimpulannya

Madu kelulut telah terbukti mendatangkan banyak khasiat kepada badan kita. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan madu kelulut setelah mengetahui tentang kekayaan khasiatnya, pastikan anda mendapatkan madu kelulut yang asli dari sumber yang diyakini. Anda boleh mendapatkan madu kelulut original di sini.

Kami mempunyai pengedar di seluruh Malaysia, jadi anda bolehlah menghubungi ejen-ejen kami yang berdekatan anda.

Baca juga khasiat madu kelulut dan bawang putih di sini.

Rujukan

 

Scroll to Top

Madu & Beebread Kelulut

Beetoq

Honey Plus Resorces (CA0210186-D)