5 faktor utama pengaruhi harga madu kelulut

Picture of Beetoq

Beetoq

5 faktor utama pengaruhi harga madu kelulut

Harga madu kelulut buat masa kini amat dipengaruhi oleh faktor pengeluaran yang amat terhad. Madu kelulut buat masa kini dipasarkan dengan harga yang sangat premium. Nilai harga ini ditentukan berdasarkan factor proses penghasilannya yang masih authentic dan khasiatnya yang tinggi. Berikut adalah 5 faktor utama pengaruhi harga madu kelulut di pasaran negara kita.

Faktor 1 : Sumber koloni dari hutan

\"Madu Madu Kelulut Beetoq

Bidang penternakan kelulut bermula sekitar 2010 dan sehingga sekarang teknologi penternakan mengalami perkembangan yang sangat pesat. Walaubagaimanapun, teknologi biakbaka koloni kelulut masih dalam tahap infancy. Kita masih belum berjaya sepenuhnya menghasilkan baka kelulut yang mempunyai nilai komersil secara besar-besaran. Penternak masih bergantung sepenuhnya kepada bekalan kelulut liar yang diperolehi secara kecil-kecilan dalam hutan.

Bekalan koloni yang semakin sukar diperolehi dan dengan harga yang semakin melambung menyebabkan para penternak menanggung kos permulaan yang agak tinggi. Modal yang tinggi dan tuaian madu yang berkadaran dengan musim akan menjadikan titik pulang modal yang lebih panjang.

Faktor 2 : Penghasilan madu yang rendah

Setiap koloni kelulut yang matang akan menghasilkan madu sekitar 300-400gram pada setiap musim tuaian berdasarkan saiz topping 16in x 16in x 4in. Ladang ternak kelulut yang mengandungi 30-50 koloni kelulut hanya berupaya menghasilkan 15kg-30kg madu sebulan pada setiap musim tuaian madu. Kadar tuaian madu pula sentiasa berubah mengikut sumber nectar di persekitaran ladang ternak. Ini berbanding dengan tuaian madu bagi lebah sp Apis sama ada Apis melifera (Lebah Madu) atau Apis dorsata (Lebah Tualang).

Secara purata satu koloni lebah madu mampu menghasilkan madu sekitar 5-6kg bagi setiap madu sebulan atau 150kg-300kg bagi bilangan ladang ternak yang memiliki bilangan koloni yang sama. Manakala untuk lebah tualang pula antara 10-15kg bagi setiap koloni. Berdasarkan pengalaman pemburu lebah tualang, pada musim madu setiap bulan mereka boleh memperolehi 1-2 tan madu tualang.

Fakta 3 : Lokasi ternak yang terhad

Kelulut adalah sejenis lebah yang tidak bersengat. Walaupun mudah menternak kelulut dalam skala kecil/hobi, tetapi bagi penternak komersil amat memerlukan lokasi ternak yang bersesuaian dengan keperluan kelulut. Kelulut memerlukan kawasan yang mempunyai sumber nectar dan pollen yang mencukupi bagi memastikan survivality koloni kelulut serta penghasilan madu yang optimum pada setiap musim madu.

Kelulut mempunyai kawasan foraging antara 500m ke 1000m bergantung kepada spesis yang diternak. Bagi kelulut jenis H. itama mempunyai liputan kawasan mencari makanan sehingga 500m manakala spesis G. thoracica pula sehingga 1000m. kawasan liputan yang terhad mengikut spesis ini tidak membolehkan kita meletakkan banyak koloni dalam 1 ladang ternak. Oleh yang demikian, para penternak terpaksa menguruskan banyak ladang ternak bagi sekiranya berhajat menternak secara komersil. Bilangan ladang ternak yang banyak akan menyebabkan kos operasi meningkat dan ini akan seterusnya harga ladang madu juga meningkat.

Faktor 4 : Jangka masa tuaian madu yang pendek

Musim madu amat terhad dan bukannya sepanjang tahun. Berbanding dengan negara yang mempunyai 4 musim yang amat ketara, negara kita mempunyai musim kemarau dan musim tengkujuh. Musim tengkujuh amat senonim dengan nigari-negeri di Pantai Timur akan bermula pada penghujung bulan November dan hanya akan berakhir pada pertengahan bulan Mac. Selepas musim tengkujuh berakhir, biasanya negeri-negeri di pantai timur akan mengalami musim panas dan kemarau yang berpanjang.

Musim tuaian madu hanya akan bermula pada bulan april dan akan berakhir sehinggalah penghujung bulan oktober. Pada masa inilah penternak kelulut akan memulakan proses tuaian madu yang boleh dibuat dalam jangkamasa 30-45 hari. Selang masa 30-45hari antara tuaian diperlukan bagi memastikan madu cukup matang dalam kantung madu. Madu perlu cukup matang bagi memberikan masa enzim menukarkan gula sucrose yang dikutip oleh kelulut ditukarkan kepada gula ringkas Trehahulosa.

Faktor 5 : Modal permulaan yang semakin tinggi

Bagi memulakan penternakan kelulut, para penternak memerlukan ladang ternak yang bersesuaian dengan spesis kelulut yang hendak diternak. Penternak dikehendaki menyediakan modal yang agak besar untuk membeli koloni kelulut. Bekalan koloni kelulut yang terhad menyebabkan harga koloni kelulut semakin melambung di pasaran. Sepuluh tahun dahulu, log kelulut boleh diperolehi dengan membayar serendah RM70-80 sahaja. Sekarang harga log kelulut sudah menjangkau RM250-RM300 satu. Manakala untuk satu set koloni kelulut yang telah siap dipasang kotak topping pula menjangkau RM650.

Untuk memulakan penternakan kelulut secara komersil, setiap penternak perlu membeli sehingga 30 koloni kelulut dengan mengeluarkan modal sehingga RM20,000 untuk membeli koloni kelulut sahaja. Itu belum lagi mengambil kira keperluan infra ladang lain yang juga diperlukan. Oleh yang demikian, adalah penting para penternak meningkat ilmu pembiakbaka koloni bagi menghasilkan koloni kelulut sendiri.

Kesimpulan

Madu kelulut sememangannya penuh khasiat berbanding dengan madu tualang dan madu lebah. Banyak kajian perlu dilaksanakan bagi memastikan keberkesanan madu kelulut sebagai penawar segala penyakit benar-benar terbukti. Buat masa kini, madu kelulut secara amnya dijual di pasaran dengan harga RM300.00-400.00 per kg mengikuti packaging yang dilakukan oleh pengusaha. Pencarian niche market juga diperlukan bagi memastikan madu kelulut dapat dipasarkan dengan cepat dan tepat. Berminat untuk mendapatkan madu kelulut asli, sila klik di sini, Madu Beetoq.

Scroll to Top

Madu & Beebread Kelulut

Beetoq

Honey Plus Resorces (CA0210186-D)